Perak Hari Ini

Sidang DUN Perak Ke-12 Dicemari Isu Bantahan Lynas

Salah seorang daripada empat individu yang hadir di Dewan Sidang DUN Membantah Isu Projek Lynas, Dekat Kuantan:-

Sekumpulan individu hari ini cuba mengganggu perjalanan Sidang DUN Perak ke-12 dengan membawa buku akujanji yang membantah projek nadir bumi, Lynas dekat Kuantan.

Empat individu itu hadir membawa buku yang diberi nama Buku Harapan Untuk Malaysia itu cuba mendapatkan tandatangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya jangan membenarkan projek Lynas itu memasuki ke negeri lain.

Difahamkan, kumpulan itu ingin mendesak semua wakil rakyat baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang supaya  menurunkan tandatangan bagi membantah projek itu yang telah mendapat kebenaran kerajaan untuk beroperasi, baru-baru ini.

Mereka juga menuduh kerajaan sebagai pihak yang tidak bermoral kerana membenarkan projek nadir bumi itu dilaksanakan yang bermotifkan wang semata-mata.

Kehadiran individu terbabit di luar dewan juga mengganggu sesi persidangan yang bermula pada jam 10 pagi.

Pengurusan sidang DUN terpaksa mengambil tindakan menghalau mereka kerana melanggar peraturan apabila mengadakan sidang media di luar dewan.

Kedegilan pihak pembangkang semakin terserlah sehingga sanggup membawa masuk individu membuat kacau dalam persidangan yang sedang berlangsung atas isu-isu kononnya mereka membela rakyat.

Pembangkang nampaknya menggunakan alasan  membela nasib rakyat sedangkan hasrat utama mereka ialah untuk merampas semula kuasa sebagai kerajaan negeri dengan apa cara sekalipun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");