Sukan Hari Ini

Terry bersara daripada skuad England

LONDON – John Terry menamatkan karier panjang dan penuh kontroversi bersama skuad England apabila mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa, semalam.

Tonggak pertahanan Chelsea berusia 31 tahun itu memiliki 78 cap sejak membuat penampilan sulung bersama pasukan kebangsaan pada 2003 dan beraksi dalam dua Piala Dunia.

Dalam surat kepada Persatuan Bola Sepak England (FA) semalam, Terry berkata, kedudukannya dalam skuad kebangsaan tidak dapat dipertahankan kerana kes yang bakal dihadapinya.

Terry masih perlu menghadiri tribunal FA atas tuduhan mengeluarkan kata-kata perkauman terhadap pertahanan QPR, Anton Ferdinand ketika aksi Liga Perdana Inggeris, Oktober lalu, meskipun telah dibebaskan dari segi undang-udang oleh mahkamah Julai lalu.

“Hari ini saya mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurus-pengurus England yang telah memilih saya hingga memiliki 78 cap.

“Saya gembira dapat berkongsi penghormatan ini bersama semua pemain yang pernah beraksi dengan saya,” katanya. – Reuters

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");