Perak Hari Ini

Umno Cawangan Taman Iskandar Perdana Perkuatkan Jentera BN di Parlimen Parit

Penubuhan cawangan terbaru Umno di Taman Iskandar Perdana dekat Seri Iskandar dilihat mampu memperkukuh dan memperkuatkan lagi sokongan orang Melayu terhadap Barisan Nasional (BN) terutamanya di sekitar kawasan Parlimen Parit.

Exco Pemuda Umno, Hisamuddin Yahya berkata, tindakan tersebut juga dilihat dapat mengumpulkan golongan terpelajar yang terdiri di kalangan belia, guru serta pensyarah yang menetap di situ.

“Taman Iskandar Perdana menjadi pilihan penempatan di kalangan cerdik pandai Melayu memandangkan ianya tidak jauh dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan beberapa lagi institusi pengajian dan latihan.

“Kita berharap dapat mengumpulkan mereka ini dalam cawangan tersebut sekaligus mampu menyumbang idea serta memperkuatkan lagi jenteraparti BN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Dan Perjumpaan Bersama Ahli Jawatankuasa Penaja Umno Cawangan Iskandar Perdana, Seri Iskandar, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penaja Umno Cawangan Iskandar Perdana, Azman Abu Hassan dan Ketua Cawangan Umno Teluk Sena, Norbidawimunir Arshad.

Sementara itu, Azman Abu Hassan berkata, penubuhan cawangan baru itu dibuat memantapkan lagi jentera parti di kawasan Parlimen Parit.

“Kawasan penempatan penduduk di situ sudah lama tetapi belum ada mana-mana cawangan Umno termasuk di kawasan taman perumahan berhampiran di situ.

“Jadi kita mengambil keputusan untuk menubuhkan cawangan baru di sini dan berazam untuk bekerja keras membantu jentera parti mempertahankan Parlimen Parit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota pada pilihanraya umum akan datang,” katanya.

– Noraini Mahamad

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");