Perak Hari Ini

UMNO Yakin Rampas Semula Kerusi Parlimen Parit Buntar

Semangat kental dan perpaduan di kalangan ahli UMNO dilihat sebagai petanda baik untuk merampas semula Parlimen Parit Buntar daripada parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, beliau amat berpuas hati melihat kedudukan serta perkembangan yang telah ditunjukkan  ahli UMNO yang begitu bersemangat untuk bangkit daripada kekalahan empat tahun lalu.

“Kita mempunyai potensi besar untuk mengambil semula parlimen ini dan kedua-dua DUN yang turut dikuasai pembangkang,” kata beliau.

Zambry berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Buntar di Dewan Merdeka, hari ini.

Katanya, masalah dalaman serta percanggahan pendapat yang berlaku dikalangan ahli parti juga dapat diselesaikan dengan baik dan ini sekaligus memberi peluang yang cerah kepada UMNO untuk merampas semula kemenangan.

Mengulas lanjut mengenali pemilihan calon  yang mewakili Barisan Nasional (BN), beliau berkata calon UMNO yang bakal bertanding telahpun dikenalpasti dan dipilih daripada kalangan wakil rakyat yang sudah dikenali oleh rakyat.

“Kita tidak memberi tumpuan kepada satu calon kerana kita memberi ruang untuk pertimbangkan beberapa nama yang dirasa sesuai,” katanya.

Beliau berkata, nama yang tersenarai akan dinilai berdasarkan penilaian yang telah dibuat oleh rakyat sendiri sudah tentu calon yang dipilih mempunyai potensi besar untuk membawa kemenangan kepada BN.

Ketika ditanya mengenai peluang memenangi semula kerusi DUN Titi Serong, jelasnya dengan program yang dilakukan oleh wakil BN di situ, beliau positif kemenangan akan berpihak kepada parti berkenaan.

“Saya berpuas hati dengan khidmat wakil BN dari Titi Serong yang melaksanakan pelbagai program sejak tiga tahun lalu dan rakyat di situ juga memberi respon yang baik,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");