Isu Panas
Like

Anwar Dolak-Dalik Isu Kabinet Bayangan

October 2, 2012
24 Views
0 Comments
1 minute read
no-cover

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berdolak-dalik mengenai senarai kabinet bayangan pakatan pembangkang sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun Anwar secara tidak langsung memberi gambaran bahawa kabinet bayangan pembangkang bakal dibarisi beberapa wakil rakyat dan pemimpin kanan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP yang menang dalam pilihan raya.

Jelas beliau, agihan portfolio kabinet bayangan pembangkang berkemungkinan dibuat berdasarkan tugas dan pembahagian isu yang dipelopori wakil rakyat sedia.

“Saudara tengok siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Itu adalah senarai kanan daripada ketiga-tiga parti.

“Semua senarai pimpinan kanan (akan dipilih) kalau menang. Kalau kalah tak boleh. Selain itu sekarang kita sudah beri tugas khusus (kepada wakil rakyat dan pemimpin) mengenai isu pendidikan, ekonomi serta Petronas. Daripada ketiga-tiga parti ada seorang wakil (mengenai sesuatu isu),” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencabar agar pembangkang membentangkan kabinet bayangan mereka sebelum memasang hasrat mengambil alih Putrajaya.

Mengulas lanjut Anwar menegaskan bahawa kabinet bayangan pembangkang bukanlah satu kemestian kerana ia tidak menjadi amalan politik di Malaysia.

“Kabinet bayangan ini hanyalah amalan politik di United Kingdom dan Australia. Ia tidak diamalkan di Amerika, Perancis, Inodesia mahupun Thailand,” katanya.

-mStar Online

Komen & Pendapat

Leave a Reply