Perak Hari Ini

Dakwaan Kronisme Oleh Pembangkang Tidak Jejas Pembangunan Negeri: DS Zambry

Bayangan kronisme yang sering digambarkan oleh pihak pembangkang tidak akan menggugat usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus melaksanakan pembangunan demi kepentingan rakyat negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tohmahan yang dikeluarkan oleh pembangkang itu bertujuaan memberi gambaran buruk kepada rakyat bahawa kerajaan di bawah pentadbiran BN tidak kompeten.

“Ini adalah strategi, agenda serta propaganda politik yang cuba dimainkan mereka untuk menggambarkan Perak berada dalam keadaan yang teruk.

“Matlamat tertinggi mereka ialah melihat Perak tidak membangun langsung,” kata beliau.

Dr Zambry mengulas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri yang diterajuinya mengamalkan kronisme dalam pentadbiran selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Jelasnya, pembangkang tidak mahu sebarang bentuk pembangunan wujud bagi menyokong hujah yang pernah dikeluarkan ketika kuasa pentadbiran negeri diambil alih oleh BN.

“Tiga tahun lalu mereka (pembangkang) mengatakan pelabur tidak akan datang ke sini dan kerajaan di bawah BN akan runtuh tidak sampai tiga bulan memerintah tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan,” jelasnya lanjut.

Namun, dakwaan kronisme terbabit langsung tidak akan menjejaskan usaha kerajaan negeri menyediakan pembangunan kepada rakyat negeri Perak, katanya lagi.

“Sebaliknya, kita sebagai kerajaan akan terus bergerak dan membangunkan lagi negeri ini,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");