Sukan Hari Ini

EPL: Arsenal, Manc City menang tipis

PERSAINGAN pusingan kesembilan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), yang membabitkan enam perlawanan semalam, Arsenal dan Manchester City terpaksa bekerja keras untuk mencapai kemenangan tipis.

Kedua-dua pasukan itu menewaskan lawan masing-masing 1-0.

Arsenal menewaskan Queens Park Rangers (QPR) 1-0 manakala Machester City juga mengatasi Swansea City 1-0.

Mike Arteta menyempurnakan kemenangan keempat Arsenal pada minit ke-84 di Stadium Emirates.

Perkembangan itu sememangnya megujakan semua penyokongnya sekali gus menaikkan kedudukan Arsenal ke tangga keempat dengan kutipan 15 mata.

QPR selaku pelawat ternyata pasrah dengan kekalahan itu dan kekal di kedudukan tercorot saingan EPL musim ini tanpa mencipta sebarang kemenangan dan hanya mengutip tiga mata.

Berikut keputusan enam saingan EPL yang berlangsung semalam.

Aston Villa (1) mln Norwich City (1)
Arsenal (1) mln QPR (0)
Reading (3) mln Fulham (3)
Stoke City (0) mln Sunderland (0)
Wigan Athletic (2) mln West Ham United (1)
Manchester City (1) mln Swansea City (0)

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");