Perak Hari Ini

Jalinan Singapura, Malaysia Diperkukuh Dari Peringkat Akar Umbi

Hubungan dua hala antara Singapura dan Malaysia tidak hanya tertumpu kepada kepimpinan dan kerjasama ekonomi semata-mata, sebaliknya kini  turut diperluaskan dalam bidang sosial bagi meningkatkan interaksi rakyat di kedua-dua negara yang berjiran itu.

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Tharman Shanmugan Ratnam, berkata pihaknya mengharapkan program komuniti membabitkan negara Malaysia dan Singpura  dapat dilaksanakan melalui kerjasama antara pemimpin dan sukarelawan.

“Kita dapat belajar dan saling bertukar-tukar pengalaman bagaimana untuk membina hubungan antara komuniti yang begitu kukuh,” katanya.

Menurutnya, perkara tersebut begitu penting kerana bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dua belah pihak, malah pengalaman itu mampu diterapkan di parlimen beliau sendiri.

Selain itu, beliau turut memuji pelaksanaan Pusat Khidmat Bergerak Tambun yang menawarkan usaha yang begitu menarik  dan kreatif dalam menyediakan perkhidmatan berhampiran penempatan penduduk.

“Usaha yang dilakukan oleh Datuk Husni selaku Ahli Parlimen Tambun mempunyai sedikit persamaan dengan apa yang dilakukan di Parlimen Jurong.

“Saya dan delegasi saya cukup bertuah kerana dapat berada di sini untuk turut sama belajar,” katanya yang menyifatkan hubungan antara Malaysia dan Singapura cukup istimewa.

Tharman turut membawa seramai 80 delegasi yang merupakan ketua-ketua komuniti dari Parlimennya di Taman Jurong, Singapura.

Terdahulu, Tharman dan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menghadiri majlis minum pagi dan kenduri rakyat di Chemor dan Tambun anjuran Pusat Khidmat Bergerak Ahli Parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");