Berita Hari Ini

Jemaah Malaysia terima 10 liter air zam-zam tahun ini

Jemaah haji Malaysia akan menerima sebotol 10 liter air zam-zam setiap seorang pada musim haji tahun ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Pemberian air zam-zam itu dilakukan selepas jemaah mengutip bagasi mereka sebaik saja tiba di lapangan-lapangan terbang utama negara selepas musim haji, katanya.

“Pada tahun-tahun lepas, para jemaah hanya diberi bekalan air zam-zam sebanyak lima liter tetapi pengeluaran botol bersaiz itu telah dihentikan oleh kilang pembotolan air zam-zam Raja Abdullah,” katanya selepas melawat kilang itu di Kudai, dekat Mekah, semalam.

Kilang pembotolan yang mula beroperasi pada tahun lepas itu mengeluarkan 200,000 botol bersaiz 10 liter sehari untuk diedarkan kepada penduduk sekitar Makkah, Madinah dan juga jemaah haji serta umrah.

Bekalan diambil dari sumber air zam-zam di Masjidil Haram melalui sistem paip yang panjangnya 4.5 kilometer.

Walaupun air zam-zam diberikan percuma tetapi caj sebanyak 5 riyal dikenakan oleh pihak pengurusan kilang untuk satu botol 10 liter air sebagai kos pembotolan.- Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");