Perak Hari Ini

Jentera BN Diminta Bersatu, Bersiap Sedia Hadapi PRU-13

Semua jentera Barisan Nasional (BN) perlu bersatu-padu dan bersiap-sedia menghadapi pilihanraya umum akan datang tanpa perlu terlalu memikirkan calon yang bakal bertanding nanti.

Demikian reaksi Pengerusi (BN) negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengulas laporan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa UMNO mungkin akan menamakan calon lebih awal bagi mengelak unsur sabotaj.

“Itu satu cadangan yang bukan asing bagi kita.

“Pada ketika ini, ‘bayang-bayang’ calon sudah ada dan tuan badan sendiri juga maklum akan perkara ini dan mereka juga sudah mula bekerja untuk rakyat.

“Namun, apa yang lebih penting, semua jentera parti baik di peringkat UMNO dan BN mestilah bersatu padu dan siap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang,” katanya kepada pemberita di Pulau Pangkor, hari ini.

Zambry menambah lagi, beliau tiada masalah dengan cadangan itu tetapi jangan sampai sudah mahu umum calon, baru mereka hendak bekerja.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa UMNO mungkin akan menamakan calon lebih awal bagi mengelak unsur sabotaj.

Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menamakan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.

Tengku Adnan berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.

“Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");