Perak Hari Ini

Kerajaan Sedia Peruntukan RM700,000 Bantu Nelayan Di Parlimen Lumut

Gambar Hiasan:-
Slogan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sekadar retorik semata-mata sebaliknya diterjemahkan dengan pelbagai sokongan dan bantuan bagi meringankan beban rakyat berpendapatan termasuklah golongan nelayan di Perak.

Sehingga kini, seramai 70 nelayan dari berbilang kaum dari Parlimen Lumut menerima sumbangan sampan dan enjin daripada kerajaan yang membabitkan peruntukan RM700,000.

Salah seorang nelayan yang bertuah itu ialah Mohd Ali Mat Johor, 36, dari Kampung Sitiawan yang menerima bantuan berkenaan baru-baru ini.

Kegembiraan menyelubungi hatinya kerana menerima sebuah sampan baru daripada kerajaan yang diserahkan oleh Ahli Parlimen Lumut, Datuk Kong Cho Ha.

“Enjin sampan milik saya telah dicuri pada 2009 dan sejak itu, saya mengalami kesusahan untuk menangkap ikan.

“Sebelum kejadian, saya pergi ke kedai kopi untuk minum pagi dan dalam masa 10 minit sahaja, enjin sampan telah dicuri,” katanya.

Selepas kejadian itu, beliau katanya, terpaksa menyewa sampan daripada rakan untuk menangkap ikan.

Memandangkan terpaksa membayar sewa bot, pendapatan Mohd Ali terjejas dan beliau mengakui waktu itu amat sukar baginya.

Namun, kehidupan yang suram kembali bersinar apabila beliau mendapat bantuan sampan baru hasil sumbangan kerajaan.

“Di atas keprihatinan wakil rakyat Parlimen Lumut, saya menerima bantuan sampan baru dan kini saya berasa lega dan amat selesa. Terima kasih atas pertolongan semua pihak,” katanya dengan nada gembira.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");