Sukan Hari Ini

Lions XII tepati ramalan bangkit ketepi Pahang

Singapura: Kapten, Shahril Ishak menjadi wira Lions XII apabila dua gol jaringannya membantu pasukan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia menewaskan Pahang 2-0 dengan agregat 3-2 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Seawal minit pertama perlawanan sudah ada percubaan berbahaya yang hampir menjelma jaringan dengan Lions XII memiliki peluang hasil rembatan Khairul Amri yang lemah terus ke dakapan penjaga gol, Wan Azraei Wan Teh.

Pada minit ketujuh, gerakan solo penyerang kebangsaan, Mohd Azamuddin Md Akil yang menggelecek dua pertahanan tuan rumah sekadar merembat bola sipi dari gawang gol.

Lions XII yang berusaha mencari gol selepas tewas 1-2 pada suku akhir pertama terlepas peluang mencipta gol pada minit ke-13 apabila Shahril yang menerima hantaran Khairul Amri gagal melakukan rembatan tepat ke pintu gol walaupun Wan Azraei sudah tertewas.

Gol yang dicari tuan rumah menjelma pada minit ke-35 berpunca dari bola hantaran lambung Harris Harun menyaksikan Shahril bertindak pantas menolak bola ketika Wan Azraei sudah keluar dari posisi untuk meletak Lions XII selesa 1-0 dengan agregat 2-2.

Sebaik babak kedua bermula, tuan rumah menguasai perlawanan dan hampir menambah jaringan pada minit ke-60 selepas tiga gerakan di dalam kotak penalti.

Bermula Shahril yang mengumpan bola kepada Harris dan kemudian membuka ruang kepada pemain gantian Agu Casmir namun menolak bola sipi dari gawang gol ketika Wan Azraei sudah tertewas.

Watak Shahril selaku pencetus kebangkitan Lions XII diteruskan apabila mencipta gol kedua buat tuan rumah pada minit ke-79 selepas menanduk bola kemas bola lintang Safirul Sulaiman bagi memastikan pentas separuh akhir milik anak didik V Sundramoorthy.

– BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");