Perak Hari Ini

Masalah Pembuangan, Pelupusan Sampah Di Pulau Pangkor Diatasi

Masalah pembuangan dan pelupusan sampah di Pulau Pangkor kini dapat diatasi apabila Pusat Pelupusan Sisa Pepejal yang bernilai RM27 juta telah beroperasi sejak Mac lalu.

Adun Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga turut meluluskan peruntukan RM9 juta untuk memulihkan semula bagi membaik pulih tapak pelupusan sampah yang lama untuk dibangunkan sebagai kawasan hijau.

“Hasil maklumbalas daripada penduduk tempatan juga, kita mungkin akan menambah kapasiti sedia ada dan untuk tapak pelupusan yang lama, kita mendapat peruntukan RM9 juta daripada kementerian bertanggungjawab bagi melaksanakan projek baikpulih sebelum dibangunkan dengan kawasan hijau,” katanya ketika meninjau pusat itu, petang Sabtu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut berharap pelantikan kontraktor bagi melaksanakan projek di Perak dibuat secara praktikal.

Ini katanya, bertujuan memastikan projek itu tidak terbengkalai selepas pemaju gagal menyiapkan kerja yang diamanahkan.

“Projek baikpulih tapak pelupusan pepejal untuk dibangunkan kawasan hijau terbengkalai kerana kontraktor dilantik telah lari.

“Apabila dibuat pemilihan kontraktor, ia hendaklah dibuat secara praktikal dan difahamkan kontraktor yang dilantik dari jauh, dari Kuala Lumpur dan Pantai Timur.

“Bukan mengkritik mana-mana kementerian, tetapi dari segi logiknya, apabila kontraktor yang jauh mendapat projek yang tidak mempunyai impak tinggi atau harga mahal, maka mungkin ia akan jadi seperti ini (kontraktor lari).

“Sepatutnya projek ini boleh dianugerahkan kepada kontraktor dalam negeri Perak sendiri atau di sekitar Daerah Manjung, seterusnya memastikan mereka ini tidak lari,” tambahnya lagi.
.
Beliau juga berharap agar kontraktor baru dapat dilantik segera bagi meneruskan kerja membaikpulih tapak pelupusan lama yang telah tertangguh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");