Perak Hari Ini

Masyarakat Orang Asli Tapah Terus Menyokong BN

Sokongan masyarakat Orang Asli terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya di Parlimen Tapah terus meningkat dari masa ke semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, sokongan tersebut dapat dilihat melalui kehadiran masyarakat tersebut dalam apa jua program yang dianjurkan oleh BN.

“Kehadiran mereka adakalanya di luar jangkaan kerana jumlahnya yang besar,” kata beliau.

Jelas beliau, peningkatan sokongan tersebut juga didorong oleh usaha kerajaan Persekutuaan dan kerajaan negeri menaiktaraf golongan pribumi terbabit.

“Prasarana masyarakat Orang Asli di Parlimen Tapah juga adalah jauh lebih baik berbanding kawasan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Gotong-royong Kampung Batu Masjid, Ayer Kuning dekat Tapah, hari ini.

Antara usaha-usaha membantu masyarakat tersebut ialah pemberian bantuan rumah mesra rakyat, pengazetan tanah serta sumbangan-sumbangan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta bantuan di peringkat kementerian.

Samsudin berkata, pengundi masyarakat Orang Asli mewakili 17 peratus atau 5,600 pengundi dari Parlimen Tapah sahaja.

960 pengundi daripada jumlah tersebut tinggal di kawasan Dewan Undangan Ayer Kuning manakalah baki seramai 4,600 adalah mereka yang mendiami kawasan Dewan Undangan Negeri Chenderiang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");