Perak Hari Ini

Nizar Digesa Buat Laporan Polis

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya membuat laporan polis jika surat yang mendedahkan amalan kronisme semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) dahulu adalah palsu.

Menurut beliau, untuk mengelakkan berlakunya penindasan terhadap mana-mana pihak beliau menggesa supaya Nizar berjumpa dengan pihak polis supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

“Sekiranya dia menganggap surat itu palsu atau satu pembohongan, saya minta dia buat laporan.

“Lebih baik diserahkan perkara ini kepada pihak polis samaada benar atau tidak amalan kroni yang dibuat semasa zaman beliau,” kata Zambry.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan mantan Menteri Besar yang mendakwa surat dakwaan yang mengatakan beliau juga mengamalkan kroni yang didedahkan dalam blog pro-BN adalah palsu.

Kata beliau, selaku Menteri Besar beliau percaya kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam urusan surat-menyurat yang berada di luar pengetahuan.

Baru-baru ini, sebuah laman blog telah mendedahkan surat sokongan yang dikeluarkan Nizar berhubung permohonan syarikat kontraktor, Sipcomzu Enterprise bagi melaksanakan projek menaik taraf jalan di Lekir.

Walau bagaimanapun, Nizar sekeras-kerasnya menafikan tandatangan yang diturunkan pada surat itu dengan menuduh ianya adalah surat palsu dan satu pembohongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");