Laporan Eksklusif

Pembangkang Lebih Bersedia Jika PRU-13 Tahun Depan

Penangguhan pembubaran Parlimen dilihat akan memberi kelebihan kepada pembangkang untuk lebih bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, demikian pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen UTP Ke 12, beliau berkata, keputusan terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak samada untuk melaksanakan pilihan raya pada tahun ini atau awal tahun depan.

“Ia bergantung kepada Najib tetapi pandangan saya adalah pandangan saya.

“Ketika ini, kita sudah sampai ke penghujung tahun dan tidak menjadi persoalan samada ia dilaksanakan tahun ini atau awal tahun depan.

“Apabila kerajaan tunggu lagi, orang lain (pembangkang) akan lebih bersedia dan bagi saya, bila-bila masa dari sekarang adalah masa terbaik untuk pilihanraya,” katanya lagi.

Ditanya pemberita samada pilihanraya patut diadakan tahun ini, Mahathir berkata:

“Mungkin diadakan tahun ini,”.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) meminta PRU-13 diadakan tahun depan atau menghabiskan tempoh penggal lima tahun pemerintahan yang berakhir April depan berbanding kenyataannya sebelum ini yang menyarankan ia diadakan tahun ini juga.

Kerajaan PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang juga mengumumkan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika keputusan dibuat untuk membubarkan Parlimen tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");