Perak Hari Ini

Penduduk Gembira Kerajaan Negeri Sumbang Peruntukan Baiki Atap

Tiada khabar yang lebih menggembirakan buat 14 penduduk Kampung Batu Masjid, dekat Ayer Kuning apabila atap rumah yang semakin uzur bakal  berganti dengan zink yang baru.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan, berkata semuanya ini  kerana keprihatinan kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) yang menyalurkan peruntukan sejumlah RM50,000 di bawah  bantuan baikpulih rumah.

“Setiap penerima memperoleh bantuan antara RM2,000 hingga ke RM5,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong di kampung tersebut yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut berkesempatan melawat dan membaikpulih beberapa rumah yang terpilih.

Pada perancangan awal, peruntukan tersebut dianggarkan hanya mampu disumbangkan kepada tujuh orang penerima sahaja.

Bagaimanapun, setelah jawatankuasa kampung mengadakan perbincangan, mereka sebulat suara bersetuju mengadakan gotong-royong  berbanding menggunakan khidmat kontraktor bagi menjimatkan kos.

“Hasilnya, ia bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga jumlah penerima bantuan bertambah menjadi 14 orang,” katanya lagi.

Melalui bantuan yang disalurkan itu, beliau berharap ia sedikit sebanyak membantu rakyat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Samsudin turut menjelaskan peruntukan tersebut adalah bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa peka dalam membela nasib rakyat  negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");