Perak Hari Ini

Perak Mahu Konsisten Tarik Pelabur Asing

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berjanji akan memastikan negeri Perak berada dalam keadaan yang kondusif serta konsisten sebagai usaha  menarik kemasukan pelabur asing yang baru mahupun sedia ada terus melabur di negeri itu.

Beliau berkata, sejak tahun 2009, keadaan pertumbuhan ekonomi negeri itu bertambah baik hasil usaha berterusan kerajaan negeri memikat pelabur asing melabur dalam pelbagai sektor.

“Begitu banyak pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dapat disaksikan dalam masa tiga tahun  setengah ini.

“Bagi terus menyakinkan pelabur asing melabur di Perak,  kita akan melakukan perubahan dan pindaan secara konsisten bagi memenuhi permintaan baru dalam industri,” kata beliau.

Dr Zambry berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia Perak (MICCI) bersempena 100 tahun penubuhannya di Ipoh, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Eksekutifnya, Stewart Forbes dan Pengerusi Cawangan Perak, Leong Hua Kooi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pertumbuhan ekonomi di Perak juga didorong oleh MICCI sebagai sebuah badan yang membantu dalam membawa pelaburan ke dalam negeri.

“Hubungan baik antara kerajaan negeri dan MICCI telah berjaya membentuk komuniti perniagan yang berdaya maju dan bertenaga.

“Maklumbalas yang diberikan oleh pihak MICCI telah digunakan untuk mewujudkan iklim perniagaan yang lebih mesra, responsif dan mengalakkan kepada pelabur,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama itu dapat dikekalkan bagi memastikan akan lebih ramai pelabur asing bakal melabur di negeri tersebut pada masa akan datang.

“Kita harus mengekalkan budaya kerja yang harmoni bagi mewujudkan ‘win-win partnership’ sama ada pihak kerajaan negeri mahupun komuniti perniagaan itu sendiri,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");