Perak Hari Ini

Perak Mahu Tubuh Pusat Penyelidikan Herba: DS Zambry

Kerajaan negeri Perak bersetuju menubuhkan sebuah pusat penyelidikan berkaitan perubatan herba yang diamalkan masyarakat Orang Asli bagi memberi peluang kepada orang ramai berkongsi amalan perubatan yang diwarisi mereka turun-temurun, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, jika bidang itu berpotensi besar untuk berkembang, maka kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk mewujudkan peluang itu kepada kepada Orang Asli.

“Kita tahu di kalangan Orang Asli, mereka terkenal sebagai golongan yang pakar mengenai tumbuh-tumbuhan dan herba berdasarkan pengalaman yang diwarisi turun-temurun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Majlis Silaturrahim Masyarakat Orang Asli Daerah Tapah Bersama Pemimpin di Lata Kinjang, dekat Tapah, hari ini.

Hadir sama, Adun Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan dan Adun Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Menurut Zambry lagi, melalui penubuhan pusat itu, amalan perubatan yang dipraktikkan masyarakat Orang Asli sejak turun-temurun dapat dikongsikan dengan orang ramai.

Katanya, dalam era dunia yang semakin maju serta wujudnya perubatan moden, amalan perubatan masyarakat pribumi semakin dilupakan.

“Berkemungkinan wujudnya perubatan moden telah menyebabkan perubatan herba semakin ditelan masa,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");