Berita Hari Ini

Pertimbangan Aspek Kemampuan Dalam Skim Rebat Telefon

Mekanisme yang akan diperkenal oleh kerajaan mengenai rebat telefon pintar untuk belia perlu juga mengambil kira kemampuan dan kepentingan golongan berkenaan, kata Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit).

Presidennya Mohd Ali Ibrahim berkata ini bagi mengelak belia daripada terpedaya dengan penjual telefon yang tidak bertanggungjawab selain terlebihberbelanja untuk telefon mereka.

Selain berkata skim itu akan menggalakkan lebih ramai belia beralih menggunakan telefon pintar, beliau turut menyamakan inisiatif berkenaan sebagai “terjun ke laut tanpa mengetahui kedalamannya”.

“Persoalannya sama ada akhirnya mereka mampu membayar bil setiap bulan. Kitaberharap masalah yang timbul dari permohonan kad kredit satu masa dulu, bilainstitusi kewangan menawar kad kredit kepada pengguna dan menyebabkan sesetengahmereka yang tidak berupaya mengawal perbelanjaan mereka menjadi bankrap, tidakakan berlaku dalam kes rebat (inisiatif) ini.

“Kita tidak mahu melihat bil telefon menjadi sebahagian besar gaji danperbelanjaan belia-belia ini,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu Mohd Ali mencadangkan pakej tersebut mengehadkan perbelanjaan itukepada jumlah tertentu setiap bulan.

Beliau berkata syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam projek berkenaan perlu menawarkan terma dan syarat yang jelas caj perkhidmatan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membentangkan Belanjawan 2013, mengumumkan bahawa kerajaan akan memberi RM200 bagi pembelian telefon pintar untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan.

Sejumlah RM300 juta diperuntuk untuk inisiatif berkenaan yang dijangkamemanfaat kira-kira 1.5 juta belia.

Dilaporkan kerajaan akan mengeluarkan mekanisme untuk melancarkan inisiatiftersebut tidak lama lagi.

Mohd Ali berkata untuk mengelak salah guna, hanya syarikat telekomunikasi yang berwibawa perlu dilantik menyertai program berkenaan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");