Sukan Hari Ini

Petanda positif buat skuad B-21

TEMPANG tanpa lima pemain utama ternyata bukan satu penghalang buat skuad Harimau Muda apabila muncul juara VFF Piala Newspaper 2012, selepas menewaskan pasukan tuan rumah Vietnam 1-0 di Gia Lai kelmarin.

Memberikan pujian di atas kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee, bekas jurulatih Harimau Muda, Azraai Khor menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu petanda positif buat skuad bawah 21 tahun negara (B-21).

“Pencapaian yang cukup membanggakan meskipun Ong Kim Swee terpaksa mencongak semula formula terbaik selepas pasukannya hadir tanpa empat tonggak yang terpaksa menyertai skuad kebangsaan.

“Kemenangan ini juga membuktikan perancangan pembangunan bola sepak negara yang kita lakukan berada dilandasan yang betul,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Selaku juara, skuad muda negara membawa pulang trofi dan tunai RM36,600 manakala Izham yang dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik menerima RM1,500.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");