Perak Hari Ini

PR Guna Internet, Laman Sosial Tarik Sokongan Pengundi Muda

Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pergerakan Pemuda DAP Perak mahu menggunakan kemudahan internet dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter secara menyeluruh sebagai pemangkin kepada perubahan politik di negara ini.

Ketua Pemuda DAP Negeri Perak, Wong Kah Woh, berkata perjuangan untuk perubahan bukan sahaja sekadar melibatkan barisan pemimpin hadapan arena politik bahkan juga memerlukan penglibatan daripada semua pengundi muda yang ketika ini begitu peka terhadap isu politik dan isu kepentingan negara.

Katanya, penglibatan golongan muda sekarang menjadi lebih mudah dengan adanya media komunikasi alternatif seperti internet, laman web, blog, facebook dan Twitter.

“Saya berharap selain membantu perjuangan politik dan kempen DAP serta Pakatan Rakyat, golongan pengundi muda dapat menjalankan tiga langkah mudah iaitu tekan ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ dalam Facebook dan ‘Retweet’ dalam Twitter berkaitan segala maklumat yang disebarkan oleh pemimpin,” katanya berucap sempena Konvensyen Biasa DAPSY Negeri Perak 2012 di Ipoh, hari ini.

Kah Woh yang juga Adun Canning, berkata DAPSY perlu mengambil pendekatan baru untuk memikat golongan sokongan muda misalnya dengan membuat kempen pilihan raya baru, menarik dan kreatif dengan pasukan yang berstruktur dan terlatih.

“Penggunaan internet, Facebook, Twitter dan Whatsapp secara menyeluruh merupakan medium yang paling efektif dalam usaha menarik sokongan pengundi baru,” katanya lagi.

Katanya, angka terbaru menunjukkan 2.92 juta pengundi baru telah didaftarkan selepas PRU-12 yang diadakan pada 2008.

Keputusan PRU-12 katanya, menunjukkan jurang undi popular antara Barisan Nasional (BN) ialah 4,082,411 undi dan PR, 3,796.464 undi) adalah sebanyak 285,947 undi sahaja.

“Oleh itu, adalah jelas pengundi baru ini akan menjadi penentuan keputusan akhir PRU-13. Perubahan tidak dapat dicapai tanpa sokongan kukuh daripada golongan baru ini,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke yang berucap sebelum merasmikan konvensyen itu, berkata jika PR menguasai Putrajaya pada PRU-13 nanti, kualiti hidup rakyat akan ditingkatkan tanpa mengira agama dan bangsa.

Untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, PR akan menurun duti eksais kereta serta menghapuskan bayaran tol di Lebuhraya Utara Selatan.

“Selain itu, pakatan pembangkang antara DAP, PKR dan PAS akan menjaga dan memberi keadilan kepada semua kaum di negara ini,” katanya lagi.

Anthony juga mengakui semua itu hanya dapat dilaksanakan jika PR berjaya melakukan perubahan di kerajaan Pusat, yakni reformasi politik sebelum melaksanakan reformasi ekonomi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");