Sukan Hari Ini

Rooney mula rindu sentuhan Terry

emain England bergambar dengan Duchess of Cambridge, Catherine pada pelancaran Pusat Latihan Bola Sepak Kebangsaan St. George's Park di Burton-Upon-Trent, tengah England, semalam. - AFP

LONDON – England yang akan mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang San Marino awal pagi esok, mula merindui sentuhan John Terry, yang mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa baru-baru ini.

Penyerang England, Wayne Rooney berkata keputusan Terry untuk tidak bersama skuad England merupakan tamparan paling besar buat skuad Three Lions.

Bekas ketua pasukan, Terry bersara selepas FA mengenakan hukuman gantung empat perlawanan dan denda 220,000 pound (RM1 juta) terhadapnya kerana kata-kata hinaan perkauman terhadap Anton Ferdinand.

?John adalah seorang pemain yang amat hebat buat kami, dia tidak mempunyai perasaan takut.

?Dia telah membuat keputusan untuk bersara dan kami perlu menghormatinya.

?Namun sudah tentu kami akan kehilangannya kerana dia dan Paolo Maldini adalah dua pemain pertahanan yang amat hebat,” kata Rooney.

Pemain bintang Chelsea, Terry, 31, masih mempunyai masa sehingga 18 Oktober ini untuk membuat keputusan sama ada mahu mengemukakan rayuan terhadap hukuman dikenakan oleh FA itu. – AGENSI.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");