Perak Hari Ini

SDLN Sasar 20,000 Pelatih Menjelang 2015

Kementerian Sumber Manusia berhasrat melahirkan kira-kira 20,000 pekerja terlatih melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) menjelang 2015.

Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan berkata, sistem itu juga diperkenalkan bagi memenuhi kehendak dalam pasaran industri.

“SLDN menggunakan pendekatan di mana pelatih dilatih menggunakan 30 peratus sistem teori di pusat latihan manakala baki 70 peratus lagi membabitkan latihan praktikal dalam industri diberikan,” kata beliau.

Sepanjang tujuh tahun pelaksanaanya, SLDN berjaya melahirkan seramai 31,368 yang datang dari pelbagai bidang teknikal dan bukan teknikal.

“Graduan yang lahir menerusi sistem ini datangnya dari bidang kecantikan seperti dandanan, solekan, pengurusan spa manakala bidang lain terdiri daripada automotif, kimpalan dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional peringkat negeri Perak di RTC Gopeng.

Pada majlis itu, seramai 229 pelajar telah berjaya menerima sijil yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia itu sendiri.

Dalam mencapai negara maju menjelang 2020, SLDN telah melakukan pelbagai pendekatan dalam memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pasaran khususnya dalam sektor swasta.

“Kita mempromosikan secara berterusan dengan majikan serta syarikat dan keperluan turut bertambah dan bidang baru juga bakal diwujudkan,” tambahnya.

Antara bidang baru yang bakal diperkenalkan ialah bio-teknologi, petrochemical dan bidang baru lain yang bakal memenuhi kehendak pasaran pada masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");