Sukan Hari Ini

Sekat Lions XII ke final

Zulkifeli Mohd. Zin (tiga dari kiri) bersama pemain dan jurulatih ATM bergambar selepas sidang media di Shah Alam semalam sempena separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Lions XII hari ini. - UTUSAN/Riduan Rizal Ahmad

SHAH ALAM – ATM akan menggunakan tempoh 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Lions XII hari ini untuk menyekat skuad negara jiran itu daripada melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Ketua pasukan ATM, Hairuddin Omar berkata, semangat rakan sepasukannya begitu tinggi untuk menafikan hasrat Lions XII pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, setelah seri 1-1 dalam perlawanan pertama.

Beliau yang pernah menjulang trofi berprestij itu sebanyak empat kali bersama tiga pasukan berbeza berkata, ATM tetap berpeluang untuk ke final.

“Ketika ini kami hanya memikirkan bagaimana untuk melayakkan diri ke saingan akhir terlebih dahulu. Apabila sudah ke peringkat tersebut barulah mereka akan menetapkan impian yang lebih besar,” katanya pada sidang media sempena Makan Tengahari ATM Bersama Media semalam.

Bagi jurulatih ATM, B. Sathianathan, selepas melihat Sime Darby melakar sejarah ke perlawanan akhir Piala FA musim ini, mereka juga bercita-cita untuk berbuat demikian.

“Kami hanya selangkah sahaja untuk mara ke perlawanan akhir, ‘peperangan’ harus diteruskan dan saya mengidamkan pentas akhir Piala Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak ATM (PBATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, perlawanan hari ini amat penting bagi pasukannya untuk melihat sama ada mereka mampu menamatkan penantian melangkah ke saingan akhir Piala Malaysia.

“Jika berjaya ke saingan akhir bermakna kita berjaya mengulangi pencapaian 1946 dan 1966. “Saya mempunyai keyakinan ke atas pemain dan jurulatih, untuk membawa pasukan ATM ke saingan akhir bagi edisi 2012,” katanya yang turut hadir pada majlis tersebut.

ATM pernah ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 1949 di mana mereka tewas 2-3 kepada Selangor.

Kali kedua ATM ke final pada 1966 dan tewas kepada lawan yang sama dengan jaringan 0-1.
– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");