Perak Hari Ini

Siri Fitnah Pembangkang Sekadar Strategi Politik Menjelang PRU-13

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menggesa pihak pembangkang supaya menghentikan segera siri fitnah yang dilemparkan terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan sewajarnya yang selaras dengan undang-undang negara ini.

“Saya ingin menasihatkan mereka (pembangkang) supaya lebih berhati-hati dengan setiap fakta yang dikeluarkan.

“Jangan menabur fitnah keterlaluan yang boleh membawa keburukan dan kesan yang tidak baik,” katanya lagi.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas tindakan pembangkang yang terus memberi gambaran buruk terhadap kerajaan negeri sejak beliau mengambil alih pentadbiran kira-kira tiga tahun lalu.

Tegas beliau, pembangkang tidak akan berhenti mengeluarkan siri pembohongan untuk meracuni fikiran rakyat.

“Saya ingin mengingatkan rakyat bahawa ini salah satu strategi politik peringkat akhir pembangkang dalam menghadapi pilihan raya,” ujar Zambry.

Beliau turut menegaskan pembangkang seharusnya sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjerat diri sendiri.

“Mereka perlu ingat bahawa mungkin pelanduk boleh lupa jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");