Sukan Hari Ini

Suarez difitnah, mangsa keadaan – Rodgers

LIVERPOOL - Bos Liverpool, Brendan Rodgers tidak berpuas hati terhadap kenyataan bos Stoke, Tony Pulis yang menuduh penyerang Uruguay, Luis Suarez sengaja merebahkan badannya ketika kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Anfield, Ahad lalu. Rodgers menyifatkan tuduhan Pulis itu sebagai fitnah terhadap Suarez. Dia berasakan Suarez menjadi mangsa keadaan ekoran reputasi pemain itu sebelum ini. Bos Liverpool itu turut melahirkan kebimbangan Suarez mungkin sukar untuk mendapatkan sepakan penalti selepas ini walaupun pemain itu benar-benar dikasari. Rodgers telah pun menyuarakan kebimbangan tersebut kepada ketua pengadil, Mike Riley. Pulis meminta Suarez digantung tiga perlawanan berikutan tindakannya merebahkan badan. Walau bagaimana pun Rodgers mendakwa, pemainnya tidak dilayan secara adil apabila pertahanan Stoke, Robert Huth terlepas daripada hukuman meskipun dia dengan jelas memijak Suarez. Malah, kata Rodgers Persatuan Bola Sepak (FA) England juga mengesahkan yang insiden itu dilihat oleh pegawai perlawanan, tetapi tiada sebarang tindakan diambil ke atas Huth. "Sebagai pengurus kelab bola sepak ini, saya berasakan liputan mengenai Luis Suarez pada hujung minggu lalu sememangnya tidak masuk akal. "Amat sedikit mengenai liputan dia merupakan mangsa ketika insiden dipijak Huth pada lima minit pertama perlawanan. "Pada ketika itu, seolah-olah terdapat satu peraturan yang dipraktiskan untuk Luis sahaja, sementara satu lagi peraturan dibuat khusus untuk semua pemain lain. "Sengaja merebahkan badan merupakan isu global dalam bola sepak dan kami juga setuju membanteras amalan berkenaan dalam perlawanan kami, namun berlaku insiden lain pada hujung minggu lalu tetapi tidak mendapat liputan sama. "Tiada seorangpun yang berasa terganggu dengan isu sebenar di sini, baik di Anfield mahupun dalam satu lagi perlawanan yang turut berlangsung Ahad lepas. "Terdapat insiden melibatkan Luis dan seorang lagi pemain dikasari yang berjaya dirakam menerusi kamera televisyen, tetapi tiada sebarang tindakan diambil. "Saya percaya sesetengah orang perlu membina perspektifnya sendiri dan saya juga percaya dalam isu fitnah yang dihadapi Suarez adalah salah dan tidak adil," kata Rodgers yang memuji persembahan Suarez sebagai hebat selepas perlawanan tempoh hari. - AFP

LIVERPOOL – Bos Liverpool, Brendan Rodgers tidak berpuas hati terhadap kenyataan bos Stoke, Tony Pulis yang menuduh penyerang Uruguay, Luis Suarez sengaja merebahkan badannya ketika kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Anfield, Ahad lalu.

Rodgers menyifatkan tuduhan Pulis itu sebagai fitnah terhadap Suarez.

Dia berasakan Suarez menjadi mangsa keadaan ekoran reputasi pemain itu sebelum ini.

Bos Liverpool itu turut melahirkan kebimbangan Suarez mungkin sukar untuk mendapatkan sepakan penalti selepas ini walaupun pemain itu benar-benar dikasari.

Rodgers telah pun menyuarakan kebimbangan tersebut kepada ketua pengadil, Mike Riley.

Pulis meminta Suarez digantung tiga perlawanan berikutan tindakannya merebahkan badan.

Walau bagaimana pun Rodgers mendakwa, pemainnya tidak dilayan secara adil apabila pertahanan Stoke, Robert Huth terlepas daripada hukuman meskipun dia dengan jelas memijak Suarez.

Malah, kata Rodgers Persatuan Bola Sepak (FA) England juga mengesahkan yang insiden itu dilihat oleh pegawai perlawanan, tetapi tiada sebarang tindakan diambil ke atas Huth.

“Sebagai pengurus kelab bola sepak ini, saya berasakan liputan mengenai Luis Suarez pada hujung minggu lalu sememangnya tidak masuk akal.

“Amat sedikit mengenai liputan dia merupakan mangsa ketika insiden dipijak Huth pada lima minit pertama perlawanan.

“Pada ketika itu, seolah-olah terdapat satu peraturan yang dipraktiskan untuk Luis sahaja, sementara satu lagi peraturan dibuat khusus untuk semua pemain lain.

“Sengaja merebahkan badan merupakan isu global dalam bola sepak dan kami juga setuju membanteras amalan berkenaan dalam perlawanan kami, namun berlaku insiden lain pada hujung minggu lalu tetapi tidak mendapat liputan sama.

“Tiada seorangpun yang berasa terganggu dengan isu sebenar di sini, baik di Anfield mahupun dalam satu lagi perlawanan yang turut berlangsung Ahad lepas.

“Terdapat insiden melibatkan Luis dan seorang lagi pemain dikasari yang berjaya dirakam menerusi kamera televisyen, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

“Saya percaya sesetengah orang perlu membina perspektifnya sendiri dan saya juga percaya dalam isu fitnah yang dihadapi Suarez adalah salah dan tidak adil,” kata Rodgers yang memuji persembahan Suarez sebagai hebat selepas perlawanan tempoh hari. – AFP

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");