Program Basmi Kemiskinan

Tiada Dewan Minta, Bila Sudah Dapat Dibiarkan Pula

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menegur sikap tidak ambil berat dalam menjaga kemudahan awam.

Beliau kesal Dewan di Kampung Sangkut dekat Ijok , tinggal terbiar seperti tidak digunakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ hingga dikelilingi lalang selain pokok  liar dibiarkan tumbuh dalam bangunan tersebut.

Justeru, beliau telah meminta Ketua Kampung , Haji Mat Zan Kassim agar mengadakan gotong royong membersih kawasan dewan berkenaan.

Sebanyak RM30,000 telah dibelanjakan bagi menaiktaraf dewan tersebut dan amat rugi jika ia dibiar tanpa diguna dan dijaga dengan rapi oleh penduduk.

Katanya, bila tiada dewan penduduk mendesak agar ia dibina, tetapi bila sudah dibina, ia tidak dijaga dengan baik.

“Dewan adalah untuk kemudahan JKKK dan penduduk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah kampung dan ia seharusnya diselenggara dan dijaga dengan baik,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");