Berita Hari Ini

Tempoh mohon program matrikulasi dilanjut sehingga 30 November

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran melanjutkan tarikh permohonan program matrikulasi sesi 2013/2014 yang sepatutnya berakhir Rabu depan kepada 30 November ini.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan hari ini, berkata pendaftaran melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my itu dibuka kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2012 dengan membeli nombor pengenalan individu yang berharga RM6 di cawangan Bank Simpanan Nasional, bagi permohonan melalui internet.

Untuk sebarang pertanyaan mereka boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-8884 4036/4040 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");