Isu Panas

Tidak perlu politikkan perdamaian MILF-Filipina: Shafie Apdal

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa pihak yang berkenaan supaya tidak mempolitikkan isu perdamaian Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina.

Sebaliknya kata beliau, perkara itu wajar dijadikan iktibar oleh rakyat negara ini terutama dalam memperkukuhkan perpaduan.

“Kita juga harus berdoa semoga matlamat kerangka perjanjian damai yang ditandatangani itu tercapai,” katanya kepada pemberita selepas solat sunat Aidiladha dan penyerahan lembu korban, di Semporna, hari ini.
Katanya, pemeteraian kerangka perjanjian damai itu membawa banyak manfaat, bukan saja kepada Filipina tetapi juga Malaysia, khususnya Sabah.

Apabila keadaan damai wujud di wilayah selatan Filipina itu, pertumbuhan ekonomi di situ dan juga Sabah khususnya akan menjadi lebih pesat, kata Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kerangka perjanjian damai itu ditandatangani MILF dan kerajaan Filipina pada 15 Oktober lalu, disaksikan Presiden Filipina, Banigno Aquino III dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Peranan Malaysia sebagai fasilitator dalam rundingan damai tersebut mendapat perhargaan banyak pihak termasuk Amerika Syarikat.

-BERNAMA
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");