Perak Hari Ini

Tiga Badan Kebajikan Terima Sumbangan PPM Cawangan Perak

Tiga badan kebajikan di negeri ini menerima sumbangan RM6,000 daripada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) cawangan Perak sempena majlis makan malam meraikan pelantikan ahli jawatankuasa persatuan yang berlangsung di Hotel Kinta Riverfront Ipoh, malam tadi.

Majlis penyampaian cek bernilai RM2,000 bagi setiap badan kebajikan disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Ketiga-tiga badan kebajikan itu ialah Persatuan Kebajikan Warga Tua Seri Bahagia Ipoh, Sekolah Semangat Maju dan Perak Palliative Society.

Terdahulu, ketibaan Raja Nazrin dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta pengerusi persatuan, Dr Japaraj Robert Peter.

Majlis itu bertambah seri dengan persembahan bertenaga artis terkenal, Datuk Leonard Tan yang begitu lincah berinteraksi dengan para tetamu.

Dalam perkembangan, MMA Perak kata Jayaparaj, pihaknya ingin menambah lagi jumlah ahlinya yang sedia ada meskipun ketika ini persatuan itu mempunyai bilangan ahli ketiga terbesar di Malaysia.

“Kita ingin memastikan persatuan ini memberi harapan bermakna kepada pengamal perubatan di seluruh negara.

“Persatuan ini juga telah mewujudkan laman sosial Facebook sejak Jun tahun lalu yang membabitkan penyertaan ahli dan diharapkan kami dapat berinteraksi dan berhubung dari semasa ke semasa selain memaklumkan pelbagai aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan,” katanya lagi.

Katanya, pada 24 hingga 25 November nanti, persatuan itu akan menganjurkan MMA 1st National House Officer Survival Skills Course, yakni yang julung-julung kalinya diadakan di negara ini.

Tegasnya, pihak penganjur menjangka sekitar 400 peserta dari seluruh negara akan menghadiri kursus berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");