Sukan Hari Ini

Atlet Wanita Terbaik: Jessica Ennis antara dicalon

ATLET Britain, Jessica Ennis antara dicalonkan untuk bersaing anugerah Atlet Wanita Terbaik Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) susulan kejayaannya meraih emas dalam Sukan Olimpik London, Julai lepas.

Kemenangan gadis poster, Ennis dalam acara heptatlon turut mengimbau kembali sorakan ribuan penonton ketika ikon Australia, Cathy Freeman memenangi emas 400 meter di Sydney pada 2000.

Selain Ennis, badan dunia itu juga telah mencalonkan pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Allyson Felix, yang memenangi dua emas iaitu 200m  dan 4x400m lari berganti-ganti di London.

Atlet Pelontar peluru New Zealand, Valerie Adams pula calon ketiga yang tersenarai dalam anugerah tersebut.

Untuk rekod, Juara Olimpik 2008, Adams telah dianugerahkan emas kedua berturut-turut selepas Nadzeya Ostapchuk daripada Belarus dilucutkan gelaran apabila beliau didapati positif dadah.

Dalam percalonan lelaki pula, pelari Jamaica, Usain Bolt yang mencipta sejarah di Olimpik London 2012 dengan meraih tiga emas iaitu 100m, 200m dan 4x100m mengetuai percalonan atlet lelaki terbaik anugerah IAAF.

Selain Bolt, atlet kedua yang tercalon ialah Aries Merritt, yang memenangi acara 110m lelaki berpagar di London, yang memecahkan rekod dunia di Belgium.

Calon ketiga ialah David Rushida dari Kenya – memenangi acara 800m di London dengan memecahkan rekod dunia untuk meraih emas dengan mencatat masa satu minit dan 41 saat.

Keputusan pemenang akan diketahui  24 November ini.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");