Sukan Hari Ini

Azraai: Indah khabar dari rupa

PENGENDALI Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah berang dengan ejen yang gagal mengotakan janji untuk bawa pemain import berkualiti pada ujian percubaan kelmarin.

Menurutnya, ketiga-tiga pemain dibawa ejen terbabit gagal menepati kriteria selain tidak mempunyai bentuk fizikal yang diharapkan.

Lebih mengecewakan, ejen berkenaan hanya mampu pamer resume pemain menerusi telefon bimbit ketika beliau mahu meneliti profil lengkap mereka.

“Saya tak berkenan ketiga-tiga calon yang dibawa ejen. Tiada ciri-ciri yang kita mahukan, malah pada sesi latihan juga tidak menunjukkan mereka ini pemain berkualiti selain tidak cukup cergas, sekadar kemahiran saja.

“Cara mereka beraksi juga langsung tidak membuktikan mereka pernah beraksi di kelab Flamengo seperti dikatakan ejen. Jika ini pemain yang dibawa, mereka tidak layak beraksi bersama Perak,” katanya kecewa dengan sesi ujian berkenaan.

Bagi sesi percubaan kedua 20 Disember ini, Azraai berkata, hanya pemain yang melepasi ujian saringan dan tapisan dengan resume lengkap dipanggil.

“Saya tidak mahu terburu-buru, kita masih ada masa dan pengurusan perlu teliti setiap resume yang dihantar,” katanya yang mungkin memanggil dua atau tiga calon sahaja.

Sebaik urusan pemain selesai, Azraai bakal umum senarai penuh pasukan akhir bulan ini.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");