Sukan Hari Ini

Baham Garuda!

Anak buah Rajagobal wajib menang, seri bererti ‘selamat tinggal’:-

Esok adalah masanya untuk rakyat Malaysia bersatu memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya. Pastikan Bukit Jalil dibanjiri dengan Jalur Gemilang dan warna jersi negara, baik biru atau hitam kuning.

Harapan dan gesaan itu dilaungkan Ong Kim Swee yang membimbing skuad Sukan SEA negara menumbangkan Indonesia untuk merangkul pingat emas Sukan SEA Jakarta 2011, dan kumpulan penyokong Ultras Malaya.

“Pastikan sorakan, untuk membakar semangat pemain kita sepanjang perlawanan supaya tidak kedengaran suara Indonesia. Tunjukkan sifat sebagai penyokong yang bukan saja setia tetapi berhemah,” Ong Kim Swee

Malaysia tiada pilihan melainkan mencipta kemenangan ke atas Indonesia, pada perlawanan terakhir Kumpulan B Piala Suzuki AFF malam esok, untuk mara ke separuh akhir, sekali gus membuka peluang mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2010.

Selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-3 kepada Singapura pada aksi pertama, skuad kendalian Datuk K Rajagobal bangkit dengan aksi cemerlang kelmarin menewaskan Laos 4-1 dengan corak permainan yang dianggap terbaik sepanjang tahun ini dan menghidupkan peluang untuk merebut dua tempat teratas kumpulan.

“Pastikan sorakan, untuk membakar semangat pemain kita sepanjang perlawanan supaya tidak kedengaran suara Indonesia. Tunjukkan sifat sebagai penyokong yang bukan saja setia tetapi berhemah,” kata Kim Swee.

Indonesia menggunakan sepenuhnya kelebihan sebagai tuan rumah ketika Sukan SEA lalu, dengan situasi di dalam dan luar padang boleh dianggap sebagai mimpi ngeri buat skuad negara. Laluan ke stadium ketika hari perlawanan disekat penyokong tempatan dan setiap inci ruang stadium Gelora Bung Karno dipenuhi rakyat Indonesia.

“Saingan kali ini berbeza kerana kita beraksi di tempat sendiri,” katanya yang kini berada di Bangkok menyaksikan saingan Kumpulan A Piala Suzuki AFF. “Penyokong kita tidak perlu termakan provokasi segelintir peminat mereka.”

Ultras Malaya pula bakal turun dengan hampir 5,000 orang turut menggesa penyokong Harimau Malaya memenuhkan ruang stadium Bukit Jalil. “Dengan gandingan ramai, maka akan lebih kuat sorakan, kita mungkin membantu pasukan memperoleh kemenangan,” kata wakil Ultras Malaya, Redzuan Ahmad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");