Isu Panas

Buku Jingga Dokumen Pembangkang Yang Bakal Membankrapkan Negara

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata Buku Jingga yang diperkenalkan pembangkang adalah dokumen yang bakal membankrapkan negara ini.

Katanya, pembangkang juga telah terbukti tidak berjaya menunaikan janji pilihanraya di empat negeri di bawah pemerintahan mereka.

“PRU-13 bukan bahan ujikaji untuk memperjudikan masa depan agama, bangsa dan tanahair.

“Pembangkang telah terbukti tidak berjaya menunaikan janji pilihanraya di empat negeri di bawah pemerintahan mereka dan Buku Jingga yang diperkenalkan adalah dokumen yang fatamorgana yang bakal membankrapkan negara tercinta ini,” katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC, dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad berkata lagi, sudah tiba masanya untuk perwakilan dan seluruh saf kepimpinan UMNO menyahut seruan Presiden agar bersiapa siaga pada tahap tertinggi untuk PRU-13.

Selain itu, mereka juga katanya, perlu mematuhi disiplin organisasi dengan matlamat yang jelas untuk kemenangan Barisan Nasional (BN) demi membela nasib semua rakyat dengan adil.

“Oleh itu, mari kita bersama-sama mengucapkan selamat tinggal kepada puak pembangkang.

“Sokonglah BN yang sentiasa menepati janji untuk manafaat rakyat,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");