Program Basmi Kemiskinan

Keluarga Miskin Terima Bantuan Sempena Deepavali

Sambutan Deepavali yang bakal diraikan tidak lama lagi pastinya lebih ceria buat satu keluarga miskin dari Tronoh yang menerima bantuan daripada Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak dan Pertubuhan Masyarakat Prihatin Perak.

Ketua Urusetia pusat berkenaan, Mohd Rawi Abdullah, berkata bantuan yang disalurkan itu diharap dapat meringankan beban keluarga berkenaan, sekaligus menceriakan sambutan Deepavali yang bakal diraikan masyarakat India beberapa hari lagi.

“Hari ini, kita menyampaikan bantuan makanan kepada keluarga miskin di Tronoh sempena sambutan Deepavali yang kisah sedih keluarga ini pernah disiarkan sebuah stesen televisyen beberapa tahun lalu.

“Diharapkan dengan bantuan yang telah diberikan ini, ia dapat meringankan beban yang ditanggung dan sambutan deepavali kali ini lebih bermakna kepada keluarga ini.

“Program seumpama ini adalah perkara rutin yang dilakukan oleh Pusat Khidmat dan Pertubuhan Masyarakat Prihatin Perak yang mana hari ini diwakili Setiausahanya, Manjit Singh Randawa dan Bendahari, Sunny Choo, bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan,” katanya Peraktoday.com.

Antara barangan keperluan yang diserahkan kepada keluarga tujuh beranak itu termasuklah beras, gula, minyak serta biskut kering.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");