Perak Hari Ini

Ketua Pembangkang Semakin Tertekan, Diketepikan PAS Untuk Calon PM

Keputusan perwakilan PAS pada Muktamar PAS Ke-58 baru-baru ini yang mahu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang jelas membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diketepikan oleh Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, berkata peristiwa ini turut memperlihatkan sikap sebenar pemimpin pembangkang ini dalam berpolitik, yakni untuk berkuasa semata-mata dan bukannya membantu rakyat.

“Akibat terdesak, Anwar cuba memperbodohkan-bodohkan rakyat dengan menghina sistem pilihan raya negara yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mendakwa kanak-kanak berumur dua tahun dibenarkan mengundi di negara ini.

“Apa yang kita bimbangkan, dakyah Anwar ini akan menular ke minda rakyat bahawa Barisan Nasional (BN) menipu sedangkan hakikatnya ketika ini beliau amat tertekan apabila PAS ingin mengetengahkan Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menguasai Putrajaya,” katanya kepada pemberita di Sitiawan, hari ini.

Tambah bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu lagi, DAP dan PKR tidak dapat berbuat-buat apa dengan keputusan perwakilan PAS itu sebaliknya perlu terus melaksanakan sistem demokrasi.

“Tindakan Anwar yang meminta bantuan negara luar iaitu Australia untuk memastikan pilihan raya umum akan datang telus dan adil sudah keterlaluan dan melampau.

“Mereka (pembangkang) mahu pilihan raya yang akan dikendalikan kelak memberi kemenangan kepada Anwar, anak dan isterinya dengan majoriti yang besar.

“Ketika pilihan raya 2008, saya mendapat majoriti undi kedua terbesar tetapi Anwar sistem berkenaan salah. Saya fikir Anwar patut dihantar ke Tanjung Rambutan,” katanya sambil mencadangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menghadiahkan replika bangunan Putrajaya kepada Ketua Pembangkang itu yang kebelakangan ini kelihatan begitu terdesak untuk mencapai misi menawan Putrajaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");