Berita Hari Ini

Komuniti Antarabangsa Perlu Berani Tolak Semua Bentuk Keganasan – Najib

Komuniti antarabangsa perlu mempunyai keberanian untuk menolak keganasan dalam semua bentuk, di mana sahaja ia berlaku dan siapa juga yang menjadi mangsanya, dengan dipandu oleh kejelasan moral, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keazaman mereka yang bersuara menentang konflik, kalangan yangmendedikasikan hidup mereka untuk mengukur kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan, menjadi inspirasi bukan sahaja bagi generasi akan datang tetapijuga kepada generasi masa kini.

“Ini menjadi kewajipan ke atas kita, generasi pentadbir untuk melakukan perubahan yang berhak dinikmati anak-anak hari ini. Untuk menzahirkan menerusi tindakan kita bahawa menjadi perantara bagi keamanan adalah amat penting daripada menjadi pengemudi sesuatu konflik,” kata Najib.

Beliau berucap pada majlis jamuan yang diadakan sempena Persidangan Antarabangsa mengenai Isu Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam Khamis.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang juga pengasas Kelab Menjenayahkan Perang (Bahagian Malaysia).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais turut menghadiri majlis jamuan itu.

Perdana Menteri berkata beliau percaya Malaysia mempunyai cerita yang padu untuk disampaikan, memandangkan negara telahpun menghantar doktor ke Kabul dan pasukan pengaman ke Congo pada 1960-an, di samping menjalankan peranan utama dalam rundingan Bangsamoro.

Beliau menegaskan Malaysia sentiasa sedia membantu menyelesaikan konflik samaada di Timur Tengah ataupun di negara berjiran dan kesediaan ini diuji sejakbeberapa hari lepas ketika keganasan di Gaza semakin memuncak.

“Minggu lepas, saya bercakap dengan Presiden (Mohamed) Morsi dari Mesirmengenai kemungkinan mengadakan gencatan senjata dan menggesa kepada usaha lebihhebat di peringkat antarabangsa untuk menghentikan keganasan.

“Pada Selasa, Parlimen Malaysia meluluskan usul tergempar mengutuk serangan tentera Isreal. Saya membangkitkan perkara ini kepada Presiden Barack Obama menggesa beliau dan Amerika Syarikat supaya bertindak,” katanya.

Najib turut menyuarakan perasaan lega berikutan berita mengenai gencatan senjatadi Gaza pagi ini, dan menggesa kedua-dua pihak supaya kini berpegang teguh kepada perjanjian dan memastikan bahawa tiada lagi pemusnahan harta benda atau kehilangan nyawa berlaku selepas ini.

“Saya sepakat dengan pemimpin lain supaya sekatan di Gaza ditarik balik sepenuhnya, agar penduduk Palestin boleh menikmati hak untuk hidup dan kehidupan yang mereka layak nikmati,” katanya.

Sambil mengucap syukur atas gencatan senjata itu, Najib berdoa agar ia akanberkekalan dan mengharapkan penyelesaian jangka panjang memandangkan ini adalahmasa untuk memecahkan kitaran keganasan.

“Kita sekarang harus menumpukan perhatian kepada proses keamanan yang lebih meluas di Timur Tengah, dalam memastikan wilayah ini bergerak daripada konflik menuju kestabilan, supaya rakyatnya memiliki keselamatan dan martabat yang menjadi hak mereka,” katanya.

Perdana Menteri berkata majlis jamuan malam ini adalah untuk merakamkan penghargaan kepada mangsa konflik yang tidak berdosa iaitu kanak-kanak dan golongan muda yang hidup mereka musnah akibat peperangan.

Najib turut merakamkan penghargaan kepada Dr Siti Hasmah dan pasukan beliaukerana usaha serta pencapaian mereka dalam mengetengahkan perkara yang palingsukar itu kepada perhatian dunia.

Pada majlis itu juga, Najib bersama-sama Rosmah, Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah, Rais dan Masnah menandatangani Piagam Kanak-kanak untuk Menjenayahkan Perang.

Rosmah turut menyerahkan cek bernilai RM1 juta kepada Tabung Kecemasan Gaza kepada KLFCW. Sumbangan daripada pelbagai pihak itu dimulakan oleh Rosmah sejak 2008 di bawah naungan Rayuan Gaza.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");