Berita Hari Ini

Lebih 4,500 Syarikat Minta Tangguh Pelaksanaan Gaji Minimum

Lebih 4,500 syarikat meminta supaya menangguhkan pelaksanaan gaji minimum yang akan bermula 1 Januari ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Permintaan itu diterima oleh Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan dan syarikat-syarikat terbabit berkata bahawa mereka “tidak bersedia melaksanakan gaji minimum,” katanya.

“Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan akan meneliti permintaan tersebut bagi melihat sekiranya alasan-alasan mereka adalah munasabah.

“Jika ia adalah munasabah, mereka akan dikecualikan daripada pelaksanaan gaji minimum untuk satu tempoh masa,” kata beliau di Segamat pada Ahad.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");