Kolumnis

PAS Tahan Geram Tengok Hamas Dan Fatah Peluk UMNO Di PWTC?

Saya yakin bahawa sudah tentu PAS merasa panas hati apabila mereka melihat wakil pergerakan pembelaan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah, kali ini masing-masing menghantar wakil mereka di Persidangan Perhimpunan Agong UMNO yang sedang berlangsung di PWTC.

Wakil Hamas, Osama Hamdan yang juga merupakan Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas dan Timbalan Komisioner Perhubungan Antarabangsa Al-Fatah, Dr. Abdullah M.I. Abdullah dilihat hadir bersama di Forum Antarabangsa UMNO 2012.

Selain itu, mereka turut duduk makan tengahari semeja dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang sama-sama meraikan perbincangan bagi perancangan masa depan negara Islam yang dizalimi rejim Zionis Israel itu.

Lebih menarik lagi, wakil Hamas dan Fatah itu turut menjanjikan kerjasama apabila semakin positif sanggup melupakan sedikit pertikaian politik di antara mereka demi memastikan perpaduan umat Islam serta masa depan Palestin bagi kepentingan Islam.

Bukan apa, hubungan baik dan keakraban para pemimpin Hamas dan Fatah dengan UMNO membuktikan bahawa parti tunjang yang memerintah Malaysia ini begitu dipandang tinggi, dihargai, dihormati serta disegani oleh dua parti pergerakan Islam di Palestin itu.

Selama ini, PAS bersungguh-sungguh cuba memburuk-burukkan imej Kerajaan BN, khususnya UMNO, kononnya telah membenarkan Felda untuk berurusniaga dengan sebuah syarikat di wilayah Zionis Israel laknatullah itu.

Dengan tuduhan tersebut, mereka mengharapkan agar rakyat Malaysia percaya bahawa UMNO dan BN boleh dikaitkan mempunyai hubungan baik dengan musuh umat Islam yang menzalimi umat Islam di Palestin itu.

Pada saya, hanya yang bodoh dan tak tahu fakta saja yang akan terpengaruh dengan fitnah jahat Mazlan Aliman dan PAS di dalam propaganda jahat tersebut.

Ini adalah kerana Felda sudah banyak kali menyatakan bahawa GLC pertanian terbesar negara itu sebenarnya berurusniaga dengan sebuah syarikat di Palestin dan terpaksa menggunakan pelabuhan di Israel sebagai jalan masuk untuk penghantaran produk yang diurusniagakan.

Untuk pengetahuan pak-pak lebai kulup yang bengap bagaikan katak dibawah tempurung itu, Palestin tidak memiliki pelabuhan atau lapangan terbang sendiri dan kerana itulah syarikat pengeksport Palestin itu meminta Felda menghantar barang yang dipesannya di pelabuhan Israel itu.

Syarikat Palestin itu yakin dengan kekuatan nama Malaysia yang selama ini banyak membela, membantu dan berani vokal untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin di PBB dan OIC, urusniaga tersebut tidak akan berani diganggu oleh rejim Zionis Israel laknatullah tersebut.

Saya yakin bahawa Hamas dan Fatah pun faham dan menyanjungi Malaysia tentang hal tersebut, dan hanya puak-puak PAS sahaja yang bodoh tidak bertepi untuk memfitnah negara sendiri!

Lagipun, kalau benarlah Malaysia atau Felda mempunyai hubungan dagang dengan rejim tersebut, sudah tentu Hamas dan Fatah akan tersinggung serta enggan menjalin hubungan dengan Kerajaan BN atau UMNO khususnya.

Nah! Jelaslah propaganda yang dimainkan PAS itu tidak benar dan hanya merupakan satu pembohongan keji yang hanya bertujuan politik serta menjejaskan nama Felda dan Malaysia.

PAS patutnya rasa malu dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Anwar Ibrahim yang didewa-dewakan oleh pak-pak lebai itu kerana Ketua Pembangkang itu begitu terhegeh-hegeh membodek rejim Zionis Israel itu tempohari.

Bukan direka-reka, media antarabangsa sendiri yang mengesahkan kata-kata Anwar yang menyokong kuat serangan dilakukan rejim Zionis itu kepada mana-mana pihak yang dianggap mengancam keselamatan negara “sahabat”nya itu.

Tak malukah PAS bersekongkol dengan seorang yang menyokong penuh tindakan rejim Zionis yang menzalimi saudara seagamanya di Palestin yang diserang, diseksa dan dibunuh setiap hari di negara sendiri?

Saya yakin, pastinya wakil Hamas dan Fatah itu akan kembali melaporkan kepada pergerakan serta pertubuhan Islam Palestin itu betapa buruknya perangai PAS serta Pakatan Haram yang cuba memfitnah UMNO yang banyak membantu mereka.

“Habis”lah PAS dan Anwar kali ini…

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");