Jenayah

Pelajar Kolej Komuniti Maut Rempuh Pagar Rumah

Gambar hiasan:-

Seorang pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah maut selepas keretanya merempuh pagar dan garaj sebuah rumah di Kampung Lubok Redan awal pagi Rabu.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, Muhammad Nadzrin Mohd Safar, 19, sedang dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah ke Kuala Sungai Baru sebelum kereta jenis Proton Waja yang dipercayai dipandu laju itu terbabas di selekoh.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata kenderaan mangsa kemudiannya merempuh pagar sebuah rumah milik seorang pekerja Majlis Perbandaran Alor Gajah sebelum berpusing dan merempuh garaj.

“Rempuhan tersebut menyebabkan garaj bertiang batu yang menempatkan sebuahkereta dan motosikal roboh sebelum menghempap kenderaan pemilik rumah itu,”katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Beliau berkata mangsa yang berasal dari Negeri Sembilan tersepit di tempat duduk hadapan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");