Jenayah

Pemandu Kereta Jenazah Maut Dipanah Petir

Seorang pemandu kereta jenazah mati dipanah petir di sebuah tanah perkuburan di Kota Kinabalu, Selasa.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kejadian itu berlaku semasa Daniel Rodie, 34, berlindung daripada hujan di sebuah pondok di Tanah Perkuburan Taman Century, Luyang dekat sini.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.50 petang selepas mangsa selesai menghantar mayat untuk dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.

“Polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.25 petang,” katanya dalam kenyataan.

Jauteh berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");