Perak Hari Ini

Pemimpin, Penyokong PAS Yang Bidaah Harus Bertaubat

Tindakan pemimpin dan penyokong PAS yang mendoakan kehancuran parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Muktamar Tahunan PAS Ke-58, baru-baru ini satu perbuatan bidaah dan hukumnya haram, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Katanya, ia satu perbuatan yang bidaah kerana mendoakan kehancuran bagi umat Islam yang lain.

“Ketika ini, umat Islam ditindas dan kita lihat etnik Rohingya yang beragama Islam dibunuh kejam dan terbaru Israel pula melakukan perkara yang sama kepada rakyat Palestin.

“Solat hajat itu sepatutnya ditujukan kepada Allah untuk menghancurkan orang kafir sebaliknya pemimpin dan penyokong PAS bertindak mendoakan kehancuran umat Islam,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Harussani menegaskan, semua mereka yang menyertai solat hajat itu perlu bertaubat dengan segera kerana mendoakan dan mengaminkan kehancuran umat Islam yang lain.

“Semua kena bertaubat tetapi apabila saya kemukakan nasihat itu, mereka pula suruh saya sendiri bertaubat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");