Laporan Eksklusif

Penghormatan Buat Rosmah Daripada Kerajaan QATAR

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor diberi penghormatan sebagai tetamu kehormat bertaraf VVIP sempena World Innovation Summit for Education [WISE] 2012 yang berlangsung di Qatar National Convention Centre di DOHA.

Rosmah turut menerima satu lagi penghormatan untuk menyampaikan ucaptama dalam salah satu sesi yang dijadual berlangsung pada jam 12 tengah hari waktu tempatan atau jam 5 petang waktu Malaysia, hari ini.

Beliau akan menyampaikan ucapan yang bertajuk “Sustainable and Quality Education for The Future, Malaysia’s Experience Through PERMATA”.

Isteri Perdana Menteri akan menerangkan mengenai PERMATA yang bertujuan mengutamakan sistem pendidikan untuk anak anak di Malaysia.

Konvensyen ini berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15hb November.

Sebanyak 100 buah negara bersama lebih 1,000 orang peserta Konvensyen akan membentangkan kertas kerja bertemakan “Collaborating for Change”.

Kelmarin, ketibaan Rosmah telah diiringi oleh lapan ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan Timbalan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Ucaptama perasmian WISE 2012 disempurnakan oleh Permaisuri Qatar, Sheikha Moza Nasser dan konvensyen itu turut dihadiri oleh Emir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa dan Pengerusi Yayasan WISE, Sheikh Abdulla Ali Al-Thani.

Selain itu, Datin Seri Paduka Rosmah juga telah mendapat kesitimewaan tempat duduk bersebelahan dengan Emir Qatar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");