Perak Hari Ini

Perjuangan Semakin Terpesong, Rakyat Diminta ‘Ajar’ PAS Pada PRU-13: Exco Pemuda UMNO

Rakyat diminta bangun dan mengajar PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selepas dilihat semakin terpesong perjuangan politiknya berikutan perbuatan pemimpin dan penyokong parti itu yang sanggup mendoakan kehancuran terhadap kerajaan dan UMNO walaupun seagama dengan mereka.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Hisamuddin Yahaya, berkata tindakan itu merupakan satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh PAS yang mendakwa memperjuangkan agama Islam.

Menurutnya, doa seperti itu semata-mata hanyalah ‘doa politik’ untuk menarik sokongan rakyat terhadap parti PAS yang dilihat semakin kehilangan pengaruh.

“Umno merupakan sebuah parti yang mendahulukan Islam dan orang-orang Melayu.

“Apakah bentuk kekejaman yang dilakukan UMNO sehingga PAS tergamak melakukan doa itu.

“Sepatutnya PAS mendoakan kesejahteraan umat Islam dan memohon negara dapat terus kekal aman serta rakyatnya bertambah makmur.

“Atau pun, adalah lebih baik mereka (PAS) mendoakan kesejahteraan rakyat dan keselamatan penduduk Palestine yang kini diserang bertalu-talu oleh askar Israel,” katanya kepada pemberita selepas program ’Pemuda Prihatin, Janji Ditepati’ di Kampung Tanjung, Batu 16, Lambor Kanan di Parit, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nik Razi Nik Mat yang juga adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendoakan kehancuran kerajaan BN dan UMNO ketika mengimamkan solat hajat sempena Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Bharu, kelmarin.

Terdahulu, pada program tersebut, Hisamuddin yang Pengerusi Biro Pemilih dan Keahlian Pemuda UMNO, telah menyampaikan sumbangan kepada warga emas, Hashim Anjang Embi, 87, seorang pesakit kencing manis yang sudah tidak mampu berjalan sendiri sejak beberapa tahun lalu.

– Noraini Mahamad

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");