Categories: Sukan Hari Ini

Ranking Harimau Malaya jatuh lagi, tangga 163

SELEPAS tunduk 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan Sabtu lepas, kedudukan skuad bola sepak negara dalam peta dunia terus merosot dan kini berada di tangga ke-163.

Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) yang dikeluarkan hari ini, skuad Harimau Malaya jatuh satu anak tangga dari 162 bulan lepas dan merupakan kedudukan paling buruk tahun ini.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu berada di tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai dan Ogos) dan 156 pada September.

Berdasarkan kedudukan terkini itu, skuad Harimau Malaya setanding dengan pasukan seperti Maldives (160), Samoa (165) serta Afghanistan dan Fiji yang berkongsi ranking ke-167.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Vietnam (138), Filipina (143), Thailand (146) dan Myanmar (156).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal  pada kedudukan ke-27 dari 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,564 mata.

Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan 1,421 mata.

Argentina yang sebelum ini menduduki tangga keempat, naik satu anak tangga selepas mengumpul 1,349 mata dan memintas Portugal yang mengumpul 1,178 mata.

Kedudukan ranking itu merangkumi 209 negara.

– Bernama

Komen & Pendapat
Leave a Comment
Share

Recent Posts

Mengapa DNB Pilih Sweden Ericsson dan Bukan Vendor Malaysia Untuk Lancar 5G?

Media Malaysia mengkritik Digital Nasional Bhd (DNB) selaku syarikat kerajaan kerana memberikan Sweden Ericsson kontrak berjumlah…

4 weeks ago

ISMAIL SABRI, ANDA BUAT 5 PERKARA INI AGAR LEBIH LAMA PEGANG JAWATAN PM.

Kita semua tahu pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal sama sekali. Tidak hairan lah beliau…

4 weeks ago

CEO DNB Penjenayah?

Mungkin kerajaan baharu boleh merungkai perkara ini, dan menjawab persoalan sejauh mana kebenaran yang mengatakan…

4 weeks ago

Terdesak perlukan dana untuk COVID19, Benarkah kaedah tender spektrum 5G sebenarnya merugikan negara?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan telah menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), bagi…

2 months ago

Massimo perkenal roti multigrain dengan barli

Pembuat roti dan kek Massimo, telah mencipta roti multigrain artisan dengan gabungan berkhasiat barli premium…

3 months ago

Pemandu Hilang, Treler Masuk Tasik

Gua Musang: Pemandu hilang selepas treler dipandunya terjunam ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan…

5 months ago