Sukan Hari Ini

Redknapp mahu Beckham

LONDON – Harry Redknapp mahu bekas bintang tengah England, David Beckham untuk menyertai revolusi yang bakal dilakukan di Queens Park Rangers (QPR).

Bagaimanapun, bekas pengurus Tottenham itu akan memerlukan semua kuasa pujukan untuk menghalang ikon antarabangsa tersebut daripada menerima pelbagai tawaran lumayan dari seluruh dunia.

Gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), kelab Qatar, Brazil, China dan Rusia antara yang turut berminat.

QPR, yang menghuni kedudukan tercorot perlu bersaing jika mahu memenangi saingan dengan kelab lain.

Semalam, Redknapp memulakan tugas pertama sebagai pengurus QPR.

Sasaran utama yang diberi kepadanya adalah memastikan QPR terus kekal dalam kancah Liga Perdana.

Redknapp percaya, kehadiran Beckham akan menjadi menyuntik semangat terbesar buat kelab London itu untuk berjuang, malah dia percaya Loftus Road adalah tempat yang sesuai buat bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu untuk menamatkan karier bola sepaknya.

Hasratnya untuk mendapatkan Beckham menerusi yuran perpindahan percuma dikatakan turut mendapat sokongan pemilik kelab, Tan Sri Tony Fernandes, yang sudah mengintai khidmat bintang England itu sejak tahun lalu.

Bos baru QPR itu turut mensasarkan dua tonggak Spurs, Michael Dawson dan Emmanuel Adebayor apabila pasaran perpindahan pemain dibuka, Januari depan.

Sikap Beckham menarik perhatian Redknapp dan dia melihat pemain itu mampu menjadi kunci membantu QPR kekal dalam Liga Perdana. – AGENSI

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");