Perak Hari Ini

R&R Tapah Dan Rawang Ditutup Sementara Untuk Diselenggara

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah dan Rawang di Lebuhraya Utara- Selatan akan ditutup sementara selama dua hari bermula esok bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Menurut kenyataan PLUS Berhad hari ini, R&R Tapah arah utara akan ditutup esok bermula 8 pagi hingga 5 petang manakala R&R Tapah arah selatan akan ditutup pada Rabu bermula 8 pagi hingga 5 petang.

R&R Rawang arah utara pula akan ditutup pada Rabu bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Semua gerai dan kemudahan awam yang terdapat di kedua-dua R&R akan turut ditutup sepanjang tempoh penyelenggaraan kecuali stesen minyak berhampiran.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");