Membawang Hari Ini

Shila Amzah akui kekhilafan diri

Mengakui kekhilafan diri, pelantun lagu Patah Seribu Shila Amzah berkata, dia tidak pernah berniat mengundang sebarang kontroversi ekoran isu ‘cium tangan’ kekasihnya, pelakon Shaarnaz ketika di umumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu di malam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2012, minggu lalu.

Ditemui di majlis sidang media, A Journey Through Time 2012, bertempat di Starhill Gallery, Bukit Bintang kelmarin, anak kepada penyanyi dan pelakon ND Lala ini, menjelaskan, apa yang berlaku adalah secara spontan dan tidak pernah dirancang.

“Ikhlas saya katakan, semua ini tidak sengaja. Apa yang terjadi, adalah kerana rasa hormat terhadap insan yang saya sayangi semata-mata.

“Ketika itu, tiada sesiapa di sisi saya kecuali Shaarnaz dan tanpa dapat mengawal diri, saya rasa perlu berkongsi kemenangan tersebut bersamanya,” jelas penyanyi berusia 22 tahun ini.

Tambah Shila, sebagai umat Islam, dia tahu apa yang berlaku dipandang serius oleh masyarakat sekeliling.

“Saya sudah pun memohon maaf di atas apa yang berlaku, saya harap mereka menerimanya dengan baik.

“Memang ramai yang melahirkan rasa kecewa mereka kerana tindakan saya. Insya-Allah, saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya yang turut ditemani ibunya, Fauziah Sarman di majlis itu.

Diajukan mengenai perkara ini, ibunya yang lebih mesra disapa Kak Zie berkata, sebagai ibu, dia sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anaknya itu.

“Setiap manusia melakukan kesilapan dan Shila sebagai hambanya tidak lari melakukan semua itu. Lebih-lebih lagi dia masih remaja. Cuma apa yang dilakukan sentiasa menjadi perhatian kerana dia seorang selebriti berbanding dengan remaja biasa.

“Apa pun, saya yakin Shila telah menerima pengajaran di sebalik semua ini dan menjadikannya sebagai satu pengalaman,” ujarnya tenang.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");