Berita Hari Ini

Terap Budaya Keamanan – PM

Masyarakat dunia digesa supaya menolak pendekatan atau prinsip mahu membalas dendam antara satu sama lain bagi memastikan keamanan dan kemakmuran global dapat dicapai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah tiba masanya komuniti global mengambil langkah untuk memadamkan amalan tidak sihat seperti enggan bertoleransi, prejudis serta mementingkan diri dalam fikiran masyarakat agar amalan keganasan tidak berulang.

“Sebarkan budaya keamanan kerana saya berpendapat ia lebih penting kepada masyarakat.

“Jika masyarakat ingin keluar daripada bayang-bayang keganasan dan mahu membuat satu perubahan baru, ahli masyarakat perlu diterapkan dengan budayaan keamanan,” katanya ketika merasmikan forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Kuala Lumpur, Isnin.

– mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");